Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Muktamad Penyeragaman Isu Peraturan,...

MELAKA - Kerajaan akan memuktamadkan penyeragaman beberapa isu antaranya peraturan dan cukai melibatkan...

Najib Dilarang Ikuti Prosiding...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Warkah Isteri Zahid Minta...

KUALA LUMPUR - Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Datuk Seri Dr. Ahmad...

Silap Buat Demo, Pengedar...

PADAH menjalani aktiviti haram, seorang pengedar daging anjing maut akibat tertembak diri sendiri...

Polis Pahang Lupus Dadah Bernilai RM1.1 Juta

KUANTAN – Polis Pahang memperoleh kebenaran mahkamah bagi melupuskan 763.32kg pelbagai jenis dadah bernilai RM1.1 juta dengan cara pembakaran, yang akan dilakukan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Lam Thiam Huat berkata semua dadah yang dirampas sejak 2014 itu adalah berkaitan siasatan 1,970 kes dadah di Pahang.

“Dadah jenis heroin mencatatkan nilai tertinggi yang dilupuskan iaitu 2.59 kg dengan nilai RM403,655 diikuti methamphetamine (1.62 kg,RM243,273), ganja (692.79 kg, RM24,247) dan ketamine (129.24 kg, RM12,924).

“Turut dilupuskan ialah nimetazepam (144.16 kg, RM10,812), ecstacy (84.08 gram, RM7,006), air ketum (349 liter, RM3,495), serbuk ketum (147 kg, RM5,222) dan pil psikotropik (96.09 gram, RM7,206),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata antara Januari dan Oktober tahun ini 11,560 individu didapati terlibat dengan kes berkaitan dadah, dengan 70 peratus daripada suspek dituduh di mahkamah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori