Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kongsi Maklumat Palsu: Pesara...

KUALA LUMPUR - Seorang pesara di sebuah jabatan kerajaan didenda RM2,000 oleh Mahkamah...

138 Kesalahan No. Pendaftaran...

JITRA - Sebanyak 257 saman dikeluarkan termasuk 138 atas kesalahan nombor pendataran tidak...

Lebih 3.26 Juta Permohonan...

KUALA LUMPUR - Lebih 3.26 juta permohonan baharu dan juga rayuan diterima untuk...

Luna Simone Stephens Nama...

PENYANYI John Legend dan isteri, supermodel Chrissy Teigen selamat menimang cahaya mata pertama...

Polis Nafi UFO Berlegar Di Kuala Krai

KOTA BHARU – Polis Kelantan hari ini menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supritendan Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

“Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini, malam ini.

Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan ‘BERNAMA’.

Berita yang diviralkan itu menyebut: “Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai UFO berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.


“Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.” – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori