Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Polis Tahan Seorang Lelaki,...

TAMPIN - Polis menahan seorang lelaki dan merampas sembilan peket plastik lutsinar disyaki...

Mengamuk Tak Tentu Pasal,...

RUMAH tangga King Coco diganggu wanita lain? Itu persoalan yang timbul apabila membaca...

Kes 3 Lelaki Culik...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 2 Feb untuk sebutan...

Polis Nafi Nur Sajat Ada Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Polis Johor menafikan dakwaan bahawa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali Nur Sajat yang diburu pihak berkuasa, didakwa kini berada di bandaraya ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md Yusof Ahmad, berkata pemeriksaan sudah dilakukan di lokasi usahawan kosmetik itu didakwa berada iaitu premis perniagaannya di Pusat Komersial Bandar Baru Uda (BBU) selain kondominium mewah di Danga Bay, semalam. 

“Namun tiada langsung kelibat Muhammad Sajjad dikesan di dua lokasi berkenaan. 

“Saya harap netizen jangan layan sangat isu sebegini. Polis banyak lagi kerja lain lebih-lebih lagi sekarang ini isu COVID-19 lebih penting.

“Kalau nampak depan mata barulah maklumkan polis. Jika tidak, netizen tak perlu mereka-reka cerita yang membuang masa dan polis,” katanya ketika dihubungi. 

Semalam, Nur Sajat, 36, yang diburu pihak berkuasa, dilaporkan didakwa kini berada di Johor Bahru.

Dakwaan itu tular di beberapa kumpulan Facebook negeri ini, sejak kelmarin. 


Ia selepas Nur Sajat memuat naik lokasi kononnya sedang berada di premis perniagaannya di Pusat Komersial Bandar Baru Uda (BBU), di akaun Instagram miliknya, semalam.

Seorang netizen kemudian mendakwa Nur Sajat sememangnya berada di Johor Bahru dan menetap bersama beberapa pekerjanya di sebuah kondominium mewah di bandaraya ini.

Ia hasil pemerhatian netizen berkenaan terhadap latar belakang video yang dimuat naik di akaun Tik Tok Nur Sajat, yang menyamai reka bentuk dan susun atur sebuah kondominium mewah terkenal di sini.

Pada 26 April lalu, beberapa media melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu. – BH Online

Kategori