Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

5 Cedera Seorang Daripadanya...

KUALA LUMPUR - Lima buruh warga asing cedera dengan seorang daripadanya parah apabila...

Zizan Bakal Bergandingan Dengan...

KEJAYAAN seorang demi seorang pelakon tempatan menempa nama di negara seberang membuktikan bahawa...

Pemburu Haram Siat Kulit...

BANGKOK – Mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas lima...

Tok Pa Hadir Tonton...

TUMPAT (Kelantan) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed malam...

Polis Nafi Dakwaan Raja Petra Polis Curi Duit UMNO

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa polis telah mencuri RM43.3 juta wang UMNO.

Sambil menganggap tuduhan itu tidak berasas sama sekali, Amar Singh berkata jika Raja Petra mempunyai maklumat sahih berhubung dakwaannya, beliau digesa membuat laporan polis.

“Jangan hanya menyorok di belakang alam maya dengan membuat pelbagai andaian kes ini, saya cabar dia (Raja Petra) buat laporan polis.

“Jadilah seorang yang berani dan tidak melaporkan maklumat-maklumat yang palsu berhubung kes ini,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengulas dakwaan Raja Petra di blognya bahawa PDRM telah mencuri RM43.3 juta wang UMNO, di sini, hari ini.

Amar Singh berkata ketika serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residences pada Mei lepas, terdapat 50 pegawai dan anggota polis serta kakitangan Bank Negara Malaysia yang terlibat mengawal selia setiap pergerakan di kediaman itu. – BERNAMA

Kategori