Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat Rohingya Sokong Pasukan...

DEMAM bola sempena Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur masih lagi terasa. Ini bukan...

Siti Asiyah – Permaisuri...

SITI Asiyah, seorang isteri yang diseksa kerana beriman kepada ALLAH. Siti Asiyah hidup di...

Kes Terjun: ‘Henti Sebar...

GEORGE TOWN - Isteri kepada mangsa yang dipercayai terjun Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah...

MDKL Sita Premis Jual...

KUALA LUMPUR - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menyita sebanyak 10 unit peralatan...

Polis Minta Penyokong Najib Patuhi SOP Covid-19

KUALA LUMPUR – Polis memberi peringatan kepada orang awam yang berada di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal berlakunya penularan koronavirus (Covid-19).

Arahan itu dikeluarkan dengan menggunakan pembesar suara oleh kereta peronda polis kira-kira jam 11.05 pagi.

Ia susulan keadaan luar pekarangan mahkamah yang dikerumuni penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersama-sama mengetahui nasib bekas Perdana Menteri itu yang didakwa menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan polemik yang tidak baik ketika keadaan negara dilanda wabak Covid-19.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, beliau sentiasa mengingatkan kepada pegawai dan anggotanya untuk terus mematuhi keadaan di sekeliling mahkamah bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku.


“Peringatan disampaikan menerusi pembesar suara untuk individu terlibat mematuhi penjarakan sosial,” katanya.

Pemerhatian mendapati sebahagian besar penyokong Najib yang berkumpul di luar mahkamah bukan sahaja tidak mematuhi penjarakan sosial, malah ada antara mereka tidak memakai pelitup muka.

Hari ini adalah keputusan penghakiman terhadap Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) berjumlah RM42 juta. – Sinar Harian

Kategori