Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

4 Syarikat Jepun Akan...

JOHOR BAHRU - Johor terus menjadi tumpuan utama asing termasuk   empat syarikat Jepun yang akan melabur hampir RM2 bilion di...

MAS Tawar Diskaun Hingga...

NEW DELHI - Malaysia Airlines menawarkan diskaun hingga 40 peratus bagi destinasi popular...

2 Wanita Edar Dadah...

GEORGE TOWN - Dua wanita dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Video: Gadis Sepak Anak...

KEJAM... Rakaman video memaparkan tindakan seorang remaja perempuan menyepak seekor anak kucing dengan...

Polis Marin Labuan Rampas Alkohol Seludup Bernilai RM6,000

LABUAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan hari ini menyita sejumlah minuman keras bernilai RM6,000 dipercayai cuba diseludup masuk ke sini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata rampasan dibuat di perairan Sungai Sarap Menumbok awal hari ini selepas sepasukan PPM yang melakukan rondaan di perairan pulau ini mengekori sebuah bot laju dari Labuan ke Menumbok.

“Bot yang dikesan pada kira-kira 1.30 pagi itu dilihat berhenti di satu kawasan dan sekumpulan penyeludup dilihat memunggah barang dari dalam bot ke sebuah van.

“Bagaimanapun selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, kumpulan penyeludup terbabit bertindak melarikan diri menaiki van berkenaan manakala tekong bot pula terjun ke dalam air, meninggalkan sebahagian barang seludup dan bot,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata minuman keras bernilai RM6,000 berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi tindakan lanjut dan kes disiasat menurut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – BERNAMA

Kategori