Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: Puteri UMNO Gerakkan...

ALOR GAJAH - Kira-kira 100 anggota Skuad Puteri Prihatin yang merupakan sayap sukarelawan...

Jamil Khir Gesa PDRM...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Ghapur Optimis Kekal Rekod...

TAWAU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul...

Pelancongan Berasas Sukan Rekreasi,...

BAGAN DATUK - Pelancongan berasaskan sukan rekreasi dan makanan akan diberi tumpuan bagi...

Polis Kota Kinabalu Tahan 7 Individu Miliki Syabu

KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menahan lima lelaki dan dua wanita kerana memiliki dadah syabu dalam operasi Op Sarang di sekitar Kampung Sembulan, dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua suspek juga dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Sebanyak 0.40 gram syabu dirampas daripada suspek dan mereka disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Op Sarang selama empat jam bermula 2.30 pagi itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dengan dibantu Jabatan Narkotik Kontinjen Sabah bagi mengesan; menangkap penagih dan pembekal dadah di sekitar Kota Kinabalu, katanya. – BERNAMA

Kategori