Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Trafik Filipina Dan Indonesia...

TEL AVIV - Selama ini mungkin ramai anggap memandu kereta di Jakarta, Indonesia...

Terasa Disindir Fasha, Nora...

ISU kontroversi melibatkan dua selebriti popular, Nora Danish dan Fasha Sandha nampaknya belum...

Betul Ke? Netizen Doa...

SETIAP kali pulang beraya di kampung, rata-rata belia seboleh-bolehnya mengelak untuk berborak apatah...

Vida Pamer Barang Kemas...

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas...

Polis KL Gempur PATI Bekerja Di Kelab Malam

KUALA LUMPUR – Polis menahan 76 warga asing termasuk dua lelaki yang bekerja secara haram di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee, di sini awal hari ini.

Ketua Operasi Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur DSP Rohazah Alwi berkata mereka yang merangkumi warga Filipina, Vietnam, Uzbekistan, Turki, Krygyzstan, Ukraine dan Bangladesh ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan selain ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen. – BERNAMA

Kategori