Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga PKNS Diseru Pertahan...

SHAH ALAM - Warga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diingatkan agar mempertahankan integriti...

Suami Curang, Wanita Jual...

SETIAP wanita mendambakan kebahagiaan dalam perkahwinan yang dibina, namun tidak semua mampu memilikinya. Begitu...

Wanita Maut, 5 Lagi...

SARIKEI - Seorang wanita maut manakala lima lagi termasuk seorang bayi perempuan cedera...

Najib Puji Sokongan Pak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat memuji bekas perdana...

Polis Kesan, Pantau Pergerakan Zainuri

IPOH – Polis mempunyai maklumat mengenai lokasi bekas pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, Zainuri Kamaruddin yang dilapor sebagai antara pemimpin militan Daesh di Syria, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tahu di mana beliau berada dan sedang memantau rapi pergerakannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Membincangkan Program-program Pembangunan Daerah Kuala Kangsar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris mengenai rakaman video Zainuri yang mendakwa akan melancarkan serangan di Malaysia.

Menjelas lanjut mengenai kegiatan kumpulan pengganas, Ahmad Zahid berkata pihak keselamatan negara akan terus melakukan pemantauan pergerakan bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara.

“Undang-undang berkaitan yang ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan memastikan mereka yang terlibat dengan keganasan tidak terlepas,” tegas Ahmad Zahid.

Selain itu, Ahmad Zahid turut memberi amaran bahawa Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman memantau semua kenyataan berbaur keganasan di laman sosial.

“Bahagian ini pantau setiap kata-kata atau perbualan dalam sosial media. Ada kod-kod tertentu bagi setiap perbualan atau apa juga yang dimuat naik atau dimuat turun,” katanya.


Timbalan Perdana dalam pada itu mengulangi nasihat agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah atau pujukan supaya menyertai mana-mana kumpulan yang kononnya berjuang atas nama Islam.

“Jangan mudah terpengaruh dengan berita yang datang daripada pihak luar terutama orang Malaysia di ‘medan pertempuran’.

“Jangan lakukan pembiayaan kepada mereka kerana ia kerja sia-sia, jauh daripada untuk memperoleh amalan baik, sebaliknya ia (kegiatan) hanya merosakkan imej dan nama baik Islam keseluruhannya,” kata Ahmad Zahid. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori