Polis Keluar 534 Kompaun Kesalahan Ingkar PKPB

PUTRAJAYA – Polis mengeluarkan 534 kompaun semalam atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 266 kompaun dikeluarkan di balai polis dengan 25 daripadanya atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sebanyak 268 kompaun lagi dikeluarkan di lapangan, iaitu 257 daripadanya dikeluarkan di sekatan jalan raya.

“Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri semua pihak amat penting dalam memerangi COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian PKPB di sini, hari ini.

Loading...