Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Roti Dibuat Daripada Serbuk...

HELSINKI – Sebuah kedai bakeri di sini mula menjual roti diperbuat daripada ‘serbuk...

Najib Kecam Serangan Maut...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau amat sedih dan kesal dengan siri serangan ganas di...

Rekod Lalu Tiada Makna,...

JOHOR BAHRU: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengingatkan anak-anak buahnya...

Kos Kendali PRU14 Dianggar...

PUTRAJAYA - Kos pengurusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggarkan mencecah RM400 juta,...

Polis Kedah Cadang Teruskan Program ‘My Indah 19’

ALOR SETAR – Polis Kedah bercadang meneruskan program ‘My Indah 19’ dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah di negeri tersebut.

Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, program inovasi tersebut yang dimulakan pada tahun 2017 hasil idea bekas Ketua Polis Kedah Asri Yusof telah mengenal pasti 19 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di tujuh daerah di Kedah, yang mana kes-kes penyalahgunaan dadah amat serius berlaku.

“Stastistik pada ketika itu menunjukkan jumlah kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah di Kedah merekodkan jumlah yang amat tinggi berbanding negeri lain.

“Program itu yang bermula 2017 bertujuan untuk mengatasi masalah ini, dan sejak dilaksanakan selain mengurangkan jumlah kes, kita juga dapat mengesan pengedar dadah yang ada di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Progam Penilaian Anugerah Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di SMK Tengku Laksamana di sini hari ini

Abd Rahim berkata melalui program ini, tiga pendekatan ​​​​​​​digunakan iaitu dengan mengambil kenyataan pelajar terlibat, kedua dengan ceramah dan dialog bersama murid, guru dan ibu bapa dari masa ke semasa.


“Pendekatan ketiga adalah kita akan pergi melawat rumah murid yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini untuk berjumpa ibu bapa dan memberi kaunseling supaya mereka dapat menerima keadaan yang berlaku pada anak mereka selain membantu mencari jalan mengatasi masalah tersebut,” katanya.

“Memandangkan progam ini menunjukkan impak positif, saya berharap program ini akan dapat diteruskan bagi mencapai hasrat mengurangkan dan mungkin dalam beberapa tahun lagi usaha mencapai dadah sifar di sekolah akan dapat di capai,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • AADK

Kategori