Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PBB Gesa Israel, Palestin...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan...

Hidup Remaja Yang Hanya...

SEPERTI remaja lain, Rahma Haruna mempunyai cita-cita tersendiri iaitu menjalankan perniagaan. Namun siapa yang...

Luahan Hati Seorang Mualaf...

SEBELUM ini kami pernah menyiarkan artikel mengenai kisah hidup seorang lelaki bernama Adam...

Kantoi Menipu, Lelaki Kena...

PENIPUAN seorang lelaki yang mengaku kononnya mengalami kecederaan belakang untuk mendapatkan pampasan sebanyak...

Polis Kawal Malaysiakini Diasak Baju Merah ‘Tutup’!

MUNGKIN inilah insiden paling pelik di dunia apabila pihak polis yang selama ini dikutuk hina pembangkang sebagai ‘anjing’ kerajaan tiba-tiba melindungi premis media propembangkang pula!

Ia susulan tindakan ratusan peserta Baju Merah mula membanjiri pekarangan pejabat portal berita antikerajaan, Malaysiakini jam 2 petang Sabtu sebagai lokasi permulaan bagi menentang demonstrasi jalanan haram Bersih 5.

Lokasi tersebut dipilih memandangkan Malaysiakini selain kumpulan Bersih, antara nama yang dikaitkan pernah menerima dana rahsia Open Society Foundation, sebuah yayasan milik penyangak mata wang Yahudi, George Soros.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos kelmarin bertemu pihak Malaysiakini meminta penjelasan dan pengurusan portal itu mengakui menerima dana daripada Soros yang bertujuan kempen politik di Sarawak.

merah

Peserta Baju Merah yang berhimpun turut melaungkan “Tutup Malaysiakini” dan “Hancur Malaysiakini” di depan pejabat portal itu di Petaling Jaya, Selangor yang dikawal ketat pasukan polis antirusuhan lengkap trak meriam air!

Satu kain rentang dengan tulisan “Maria Chin & Bersih 5 Boneka Soros & Cina DAP” serta kain rentang tertera “Kami sedia bertempur” juga kelihatan dibawa para peserta terbabit hingga mendapat perhatian luas pihak media.

Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga dilihat berlegar-legar di sekeliling kawasan Business Park PJ51 yang menjadi lokasi pejabat Malaysiakini beroperasi menabur dakyahnya.

Pada asalnya, gerakan Baju Merah dirancang berkumpul di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pagi Sabtu sebagai siri permulaan untuk perhimpunan pada 19 November ini dan penentangan terhadap demonstrasi haram Bersih 5.


merah2

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur namun telah melarang mereka daripada berkumpul di dataran itu dan kumpulan tersebut terpaksa menukar rancangan dengan memilih untuk berhimpun pula di hadapan pejabat Malaysiakini.

Pasukan polis bagaimanapun dikerah berkawal sebagai langkah berwaspada dan tindakan aneh berkenaan dianggap cukup lucu kerana selama ini portal berita tersebut aktif bebas mengutuk pihak polis dengan pelbagai gelaran jelik!

Bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan dan usaha pihak polis dilihat susulan tunjuk perasaan besar-besaran di Jakarta semalam yang bertukar ganas apabila sebahagian besar ibu kota Indonesia itu hampir lumpuh.

Demonstrasi terbesar dalam sejarah melibatkan lebih 200,000 umat Islam itu ekoran kenyataan biadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama mempersenda ayat al-Quran ketika berkempen untuk pilihan raya baru-baru ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori