Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Maut Dalam...

CAMERON HIGHLANDS: Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam bilik air di rumah...

‘Mat Jiwang’ Pura Pura...

MARYLAND - Seorang remaja lelaki, Elijah Williams, 16, mempunyai cara tersendiri untuk memikat...

Debat Saifuddin, Rafizi 11...

Dua calon timbalan presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli akan berdebat...

Jenazah 3 Sekeluarga Dibunuh...

MELAKA - Jenazah tiga sekeluarga yang dibunuh dipercayai oleh penagih dadah tegar, dikebumikan...

Polis Jejak Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital

SUNGAI PETANI – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga pesakit positif Covid-19 yang dipercayai melarikan diri dari wad Hospital Lama Sungai Petani, di sini, semalam.

Lelaki berusia 39 tahun yang sedang menjalani tempoh kuarantin pada hari keenam selepas disahkan positif Covid-19 itu disedari tiada di wad sebelum pihak hospital menghubungi polis pada jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, jururawat di wad B1 hanya menyedari kehilangan lelaki itu pada jam 8.45 pagi semalam selepas mendapati pesakit itu tiada di katilnya.

Beliau berkata, pesakit lain memberitahu lelaki itu membawa beg dan barangan miliknya ketika keluar pada jam 6.30 pagi.

“Berdasarkan maklumat, pesakit itu dipercayai mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Khamis lalu untuk melakukan pembedahan kecil pada tangannya yang bernanah.

“Namun hasil ujian swab yang dilakukan mendapati dia positif Covid-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin di Hospital Lama Sungai Petani, Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Adzli berkata, susulan daripada itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat mengenal pasti pesakit itu mempunyai kontak rapat dengan sesiapa kerana kes itu masih dalam siasatan.

Beliau berkata, sebuah pasukan khas digerakkan untuk mencari lelaki itu di rumahnya di Taman Bandar Baru Sungai Lalang namun hasil pemeriksaan mendapati, dia tiada di rumah.

“Pihak KKM juga turut dimaklumkan untuk mengesan lelaki berkenaan dan sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut.

“Berikutan itu kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya. – myMetro Online

Kategori