Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Usaha Baik Pulih Apartment...

HULU SELANGOR - Usaha membaikpulih dan memantau pergerakan tanah di Apartment Teratai, Taman...

Ramai Akauntan Diperlukan, Tingkat...

KUALA LUMPUR - Sektor awam dan sektor swasta bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai...

Pemuda Maut, Motosikal Rempuh...

KUALA TERENGGANU - Gara-gara merempuh seekor kerbau, seorang pemuda lepasan Akademi Binaan Malaysia...

Video: Padah ‘Show Off’,...

INILAH yang dinamakan berlagak tak kena tempat.Baru-baru ini di Dubai, sebuah kereta Lamborghini...

Polis Gagal Kesan Aktiviti Buang Sisa Toksik Di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU – Pihak polis tidak mengesan sebarang aktiviti pembuangan sisa toksik, setakat ini, yang boleh dikaitkan dengan insiden seramai 33 murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih di Pasir Gudang mengalami muntah, sesak nafas dan pening selepas dipercayai terhidu bau busuk Rabu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din yang mengesahkan demikian berkata, beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dolah untuk bertanyakan mengenai perkara itu namun diberitahu tiada pembuangan sisa toksik dikesan, setakat ini.

“Saya sudah bercakap dengan Ketua Polis Daerah Seri Alam dan setakat ini tiada pembuangan sisa toksik di mana-mana yang berkaitan dengan insiden terbaharu itu,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, demikian sebagai menjawab pertanyaan sama ada polis menerima laporan mengenai pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang setakat ini.

Kejadian melibatkan lima murid lelaki dan 28 perempuan pada Rabu itu dilaporkan berlaku kira-kira 7.30 pagi namun tiada mangsa yang dirujuk ke hospital kerana telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas menerima rawatan daripada klinik kesihatan berdekatan.

Kategori