Polis Evo 2 Buatkan Zizan Rasa Nak Jadi Sado

SEKARANG ni semua orang mahukan tubuh badan yang tegap dan sado. Tapi, jangan hanya badan je sado, kesihatan pun perlu dititik beratkan.

Baru-baru ini kita sering lihat barisan pelakon Polis Evo 2 yang sedang giat menjalani latihan di gimnasium bagi membuat persiapan sebelum sesi penggambaran dimulakan.

Bintang utama Polis Evo, Zizan Razak dikatakan sudah ke gimnasium sejak tahun lalu lagi bagi mendapatkan tubuh yang tegap kerana wataknya di dalam filem itu merupakan seorang anggota polis. Jadi kalau polis, mestilah kena badan sedap-sedap sikit. Mana boleh berlakon jadi polis tapi ada ‘baby bump’ kan…

Namun, walaupun sebelum ini penggambaran filem tersebut tertangguh, namun ianya tidak mematahkan semangat Zizan untuk terus fit dan meneruskan rutin hariannya ke gimansium.

Kata Zizan, sebelum ini dia tidak obses untuk dapatkan bentuk badan yang sado tapi katanya lagi dia sanggup mendapatkan badan yang sado demi menjayakan wataknya sebagai Inspektor Sani dalam filem tersebut.

Zizan juga sering memuat naik gambarnya ketika berada di gimasium bersama dengan trainer peribadinya, Jake Abdullah. Selain itu, Zizan juga ada memuat naik gambarnya bersama Shaheizy Sam serta heroin baru filem itu, Raline Shah ketika mereka mengahdiri sesi latihan di sebuah gimnasium.

Zizan juga dikatakan semakin serious untuk mendapatkan susuk badan yang sado katanya sebab nak sama macam pelakon Arnold Shwazenegger. Bukan main Zizan, tinggi impian dia tu. Bilalah agaknya Zizan boleh dapat badan sado macam tu ya?

Apa pun, sama-sama kita tunggu berita baik daripada pelakon atau pun pengarah filem ini… Agak-agaknya bila lah Polis Evo 2 ni nak ditayangkan? Ramai dah yang tak sabar nak tunggu.

Tapi sebelum nak tunggu Polis Evo 2, bolehlah tunggu juga 24 Ogos ini sempena tayangan filem Abang Long Fadhil 2 yang juga menampilkan lakonan hebat Zizan. Hebat betul Zizan ni, makin lama makin banyak watak ‘abang kawasan’ yang dia pegang. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...