Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peguam Negara Tak Terlibat...

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tommy Thomas tidak campur tangan dalam pengambilan keputusan...

Wanita Maut, 1 Parah...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan...

‘Cuti’ Menoreh Getah Demi...

PARIT - Permintaan tinggi terhadap buah kabung terutama ketika Ramadan menyebabkan ramai penoreh...

Gerakan Hadapi PRU14 Dengan...

SANDAKAN - Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum...

Polis Dikecam Geledah Rumah Tidak Hormat Najib

“INI sesuatu yang tidak wajar, kenapa tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) juga perlu bersiap untuk bersahur.”

Demikian kenyataan satu sumber mempertikaikan tindakan polis menyerbu dan menggeledah kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi.

Menurut sumber Malaysiakini yang dikatakan rapat dengan Najib itu berkata, pihaknya mengecam tindakan polis yang dibuat sehari sebelum seluruh umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

“Bekas perdana menteri itu perlu dihormati walau dalam apa jua situasi sekalipun,” katanya. Sumber berkenaan turut berkongsi gambar Najib kelihatan tertidur di sofa.

Bekas Presiden UMNO itu malah masih memakai baju Melayu yang sama dipakainya ketika berterawih di masjid Kampung Baru, di ibu negara semalam, mungkin akibat kerana terlalu letih.

Sumber itu juga mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung operasi polis itu yang dilakukan seminggu selepas Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang,” katanya.


Malam tadi, pihak polis telah menyerbu kediaman peribadi Najib dan lima lagi kediaman lain termasuk Pavillion Residence Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Hasil dari serbuan itu, polis telah mengambil barang-barang peribadi bekas pemimpin berkenaan untuk disiasat.

Mahathir sebelum ini pernah menegaskan beliau konon tidak akan mengamalkan politik dendam dan lebih memberi fokus kepada menyelesaikan masalah negara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori