Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Najib Persoal Tiada Tindakan...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kegagalan...

Biadap Dengan Imigresen, 3...

JOHOR BAHRU - Gara-gara bersikap kurang ajar dan mengingkari arahan daripada pegawai Imigresen,...

Gempa Sederhana Landa Laut...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di...

Kejam..Ibu dan Kekasih Awet...

KEJAM...Selepas didera oleh ibu dan teman lelakinya, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua...

Polis Cari Suspek Kes Tetak Bekas Isteri

KUALA KRAI – Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan, Sultan Amir Najeem, 50an, yang dipercayai menetak bekas isterinya menggunakan sebilah golok di hadapan sebuah bank di sini, pada 1 Ogos lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Wan Fauzi Wan Ishak berkata serbuan ke atas rumah rumah suspek di Machang mendapati lelaki itu telah melarikan diri.

“Selepas menetak bekas isterinya dan suami baharu mangsa, suspek tidak pulang ke rumahnya namun kami percaya suspek masih berada di negeri ini dan usaha mencarinya masih giat dijalankan.

“Susulan itu kami memohon orang ramai menyalurkan maklumat untuk menjejaki suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini, hari ini.

Wan Fauzi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata.


Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 48 tahun parah ditetak oleh bekas suami mangsa berikutan suspek yang cemburu selepas wanita berkenaan berkahwin pada April lepas.

Suami mangsa berusia 45 tahun turut cedera di jari dan lengan berikutan berlaku pergelutan ketika menyelamatkan isterinya.

Kategori