Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

2 Gempa Bumi Kuat...

KUALA LUMPUR - Dua gempa bumi kuat berukuran 6.8 dan 6.7 pada Skala...

Aizat Simpan Kisah Cinta,...

PENAT asyik ditanya soal kisah percintaan berbanding karier seni, penyanyi lagu Susun Silang...

India Mahu Tingkat Import...

SAMARAHAN : Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang memperincikan kaedah untuk memenuhi permintaan...

Kesan Tapak Kaki Dipercayai...

JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor mengesahkan tapak...

Polis Buru Individu Tipu Kutip Derma Di media sosial

KUALA LUMPUR – Polis memburu dua individu bagi membantu siasatan berhubung sindiket memungut derma menerusi media sosial.

Dua individu itu dikenal pasti sebagai Muhammad Amirul Iskandar Azhar Affandy berusia 22 tahun, dan Maizatul Farahanis Mior Mohd Patah, 20, masing-masing beralamat terakhir di A-13-12, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jalan Miri Off Jalan Beringin, di sini, dan Blok B-02-06, PPR Pekan Batu, Batu 5 Jalan Ipoh, di sini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, hasil siasatan mendapati pengguna media sosial, ‘Encik Saiffudin’ memuat naik beberapa gambar kanak-kanak dan bayi yang menghidap penyakit kronik dan meminta sumbangan orang ramai.

“Kita juga mendapati suspek berkenaan menggunakan beberapa akaun perbankan untuk meminta sumbangan berkenaan.

“Sehubungan itu, polis meminta dua individu itu untuk hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK Bukit Aman bagi membantu siasatan,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syarifah Asiah Syed Husin atau Inspektor Razmil Razak masing-masing di talian 013-9063634 dan 012-7150785.

Kategori