Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Ibadah Korban Dibenarkan...

PUTRAJAYA - Aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada hujung Julai ini dibenarkan...

Tembelang ‘Teman Lelaki Idaman’...

CHINA - Seorang lelaki disanjung sebagai hero selepas menyatakan kesanggupan beliau untuk menjaga...

BOT KARAM: 14 Dipercayai...

PELABUHAN KLANG - Sebanyak 14 orang dipercayai warga Indonesia setakat ini ditemukan mati...

Abd Rahim Dilantik Pengarah...

KUALA LUMPUR - Pegawai Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abd...

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Tommy Thomas

SHAH ALAM – Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kerana disyaki memfitnah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya akan memanggil Tommy secepat mungkin untuk merakam percakapan beliau.

“Laporan polis diterima di Cyberjaya berhubung penerbitan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ oleh bekas Pegawai Kanan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, semalam (Selasa),” kata beliau pada Rabu.

Fadzil berkata, setakat ini hanya satu laporan polis diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

Terdahulu, Mohamad Hanafiah dalam laporan polisnya memaklumkan, halaman 248 telah memfitnah dan memburukkan imejnya sebagai penjawat awam kanan ketika itu.


“Petikan ini merujuk kepada penyediaan dan persiapan pasukan pendakwaan dalam kes pendakwa raya lawan Datuk Seri Najib (Tun) Razak (kes SRC International) di mana ketika itu pada tahun 2018 saya merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, AGC,” katanya.

Mohamad Hanafiah berkata, petikan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan mempunyai konotasi serta nuansa bahawa beliau tidak berkemampuan untuk mengetuai dan menyelia pasukan pendakwaan tersebut dan lebih selesa menjalankan tugas pentadbiran. – Sinar Harian

Kategori