Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN: Pemotongan Cukai...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan pemotongan cukai pendapatan dua peratus kepada...

PRU14: Kerajaan Isytihar Cuti...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi alasan rakyat yang bekerja di sektor awam dan...

Christiano Ronaldo Hadiahkan 2...

CHRISTIANO Ronaldo menjaringkan dua gol bergaya buat Real Madrid sekaligus menyempurnakan kemenangan leg...

Jangkitan COVID-19 Di Singapura...

SINGAPURA: Jangkitan COVID-19 di Singapura menunjukkan peningkatan ketara, kata Kementerian Kesihatan (MOH), hari...

Video: Polis Berkas 4 Penjenayah Dikehendaki

EMPAT penjenayah berjaya dicekup selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh kereta peronda (MPV) polis di jalan Bunga, Pekan Banting, Selangor, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, salah seorang penjenayah turut cedera terkena tembakan pada kaki kanan dan bahagian bahu selepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sebelum kejadian, kereta MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pihak polis telah mengarahkan kereta tersebut untuk berhenti, namun ia terus memecut melarikan diri ke arah Jalan Bunga, Pekan Banting, di sini.

“Beberapa MPV lain turut membantu mengejar kereta berkenaan, namun mereka terus melarikan diri sehingga melanggar dua buah MPV polis.

“Bagaimanapun, kereta dinaiki suspek telah terbabas dan melanggar bangunan dinding kedai dan MPV berjaya menghimpit kereta tersebut,” katanya memetik laporan portal media tempatan.

Fadzil berkata, selepas kereta mereka terbabas, keempat-empat suspek cuba melarikan diri dan salah seorang daripada mereka telah bertindak agresif ke arah polis.


“Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek berkenaan dan dia telah mengalami kecederaan pada kaki kanan dan bahagian bahu.

“Suspek yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut pada kereta Honda Civic dinaiki empat suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu telah menemui sarang burung, peralatan hisap dadah dan peralatan pecah rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – MYNEWSHUB.CC

Kategori