Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Mahu Melahirkan Bukan...

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan mahu melahirkan bukan sahaja golongan yang pandai tetapi...

Aktiviti Pelancongan Sukan Perlu...

JELEBU - Aktiviti pelancongan sukan perlu diperhebatkan di seluruh negara kerana ia bukan...

Bangkai Buruk Lamborghini Diablo...

LONDON – Diablo merupakan antara model kereta sport mewah berenjin tengah yang pernah...

QZ8501 – 3 Lagi...

Menurut Badan Mencari dan Menyelamat (BASARNAS), tiga lagi mayat yang dipercayai penumpang pesawat...

Polis Berjaya Tahan Suspek Kes Langgar Lari Di Cyberjaya

SEPANG – Polis berjaya menahan empat suspek kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek pertama yang merupakan seorang lelaki warganegara Yemen berumur 22 tahun berjaya ditahan di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan, Selangor pukul 12 tengah malam semalam.

Katanya, suspek kedua dan ketiga yang merupakan lelaki warga Libya dan suspek terakhir yang merupakan wanita tempatan ditahan di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya di sini.

“Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Hyundai berwarna silver yg terlibat dengan kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kes tersebut, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia awal pagi semalam selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.


Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua suspek tersebut merupakan penuntut di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya dan salah seorang lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan tersebut semasa kemalangan.

Sementara itu, difahamkan kesemua suspek tersebut akan dibawa ke Mahkamah Sepang di sini hari ini untuk mendapatkan perintah reman. – UTUSAN ONLINE

Kategori