Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Projek Pembinaan Lebih RM50...

PETALING JAYA - Mulai tahun depan, mana-mana projek pembinaan swasta yang melebihi RM50...

KPDNKK Rampas Susu Rumusan...

KULAI - Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dirampas dalam...

Warga Emas Maut Dirempuh...

KEMAMAN - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta...

Aidilfitri: Lebih 3 Juta...

PETALING JAYA :Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1...

Pokok Tumbang Jejaskan Laluan Komuter, ETS

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren komuter dan ETS KTM Berhad (KTMB) mengalami gangguan ekoran kejadian pokok tumbang di laluan antara Stesen Kepong dan Stesen Sungai Buloh, Km372.46 petang tadi.

KTMB dalam kenyataannya berkata tiada perkhidmatan tren antara laluan berkenaan dengan tren dari Stesen Tanjung Malim akan berhenti di Stesen Sungai Buloh dan perkhidmatan tren dari Stesen Pelabuhan Klang pula akan berhenti di Stesen Kepong.

“Para penumpang dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan alternatif iaitu MRT di Stesen Sungai Buloh,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu tren bagi laluan Stesen Pelabuhan Klang-KL Sentral dan Stesen Sungai Gadut–Batu Caves beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, semua perkhidmatan tren ETS akan mengalami kelewatan perjalanan 60 hingga 90 minit.


Kenyataan itu juga berkata tren ETS 9030, perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh tertahan di antara laluan Stesen Sungai Buloh dan Stesen Kepong.

Maklumat terkini berkaitan operasi tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan di talian 03-2267 1200 atau layari laman sesawang rasmi di www.ktmb.com.my, bagi maklumat lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

Kategori