Pokemon Go Beri Amaran Jika Main Sambil Memandu

UMUM mengetahui bahawa permainan Pokemon Go memerlukan pemain memandu ke lokasi ‘Gym’ atau ‘Pokeball’ berpandukan peta yang diberi.

Ini membuatkan pemain kadangkala terleka ketika memandu dan ianya merupakan perkara yang amat berbahaya.

Disebabkan itu, pembangun aplikasi Niantic baru-baru ini telah melakukan kemaskini terbaharu demi keselamatan pemain.

Jika sedang memandu, satu amaran akan dikeluarkan untuk mengingatkan pemain agar tidak ‘menangkap’ sebarang karakter Pokemon.

Bagaimanapun pemain hanya perlu menekan paparan “I’m a passenger” untuk terus bermain jika aplikasi mengesan pemain berada dalam kenderaan berkelajuan tinggi.

Pokemon Go Beri Amaran Jika Main Sambil Memandu
Sudah tentu aplikasi ini tidak dapat mengesan jika anda jujur atau tidak, namun peringatan ini penting bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini disebabkan tindakan pengguna yang tidak bertanggungjawab ketika bermain Pokemon Go.

Kemaskini terbaharu juga, mengembalikan fungsi mod penjimat bateri bagi pengguna iOS bagi membolehkan anda mencari karakter Pokemon baru dalam tempoh lebih lama berbanding sebelum ini.

Kemaskini  Pokemon Go ini turut membolehkan pemain menukar nama namun ia hanya boleh dilakukan sekali sahaja, selain memberi paparan baharu bagi karakter Pokemon yang berada berdekatan dengan anda. – MYNEWSHUB.CC