Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

#CintaLokasi: Promosi Drama Bodoh...

SEKARANG trend memperbodohkan peminat memasuki era baru melalui strategi promosi #CintaLokasi. Apabila drama bersiri...

Peruntukan RM50j Bantu Orang...

KUANTAN – Peruntukan sebanyak RM50 juta dalam Bajet 2018 untuk masyarakat Orang Asli...

Facebook Sekat Akses Akaun...

SINGAPURA - Facebook pada Selasa menyekat akses akaun States Times Review (STR) kepada...

MARA Tangguh Kemasukan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kemasukan pelajar di beberapa institusi pengajian Majlis Amanah Rakyat (MARA)...

‘Pok Ya Cong Codei 2’ Dalam Perancangan Sabri Yunus

MENDAPAT sambutan memberangsangkan baru-baru ini, Sabri Yunus tidak menolak kemungkinan sekuel telefilem Pok Ya Cong Codei bakal diterbitkan.

Pelakon dan pengarah berusia 57 tahun itu berkata, perancangan menerbitkan sekuel tersebut akan dibincangkan bersama pihak pengurusan Astro pada 15 Februari ini.

“Belum jadi lagi tetapi perbincangan ke arah itu memang ada malah saya akan bertemu dengan pihak Astro bagi membincangkan mengenai perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Sabri berharap perkara tersebut dapat direalisasikan dalam pertemuan tersebut supaya penonton dapat menyaksikan ‘Pok Ya Cong Codei 2’.

Dalam pada itu, Sabri menyedari bahawa harapan penonton terhadap sekuel tersebut adalah tinggi namun tidak berasa tertekan dengan perkara tersebut.

Menurut Sabri, perkara yang paling penting dalam menerbitkan sekuel telemovie tersebut adalah jalan cerita yang menarik dan serta mencuit hati penonton walaupun telemovie tersebut mendapat penerimaan baik sebelum ini.


“Apa sahaja boleh berlaku dalam jalan cerita sekuel itu nanti dan saya tidak mahu berfikir tentang kejayaan diraih sebelum ini sebaliknya fokus dengan apa yang ingin saya ketengahkan,” ujarnya.

Sabri yang turut merupakan pengarah dan pelakon telemovie itu mahu terus mengekalkan identiti serta karakter Pok Ya yang merupakan kombinasi cerita masyarakat setempat.

‘Pok Ya Cong Codei’ yang mula ditayangkan 20 Januari lalu di Astro menerusi saluran Mustika dan Citra menggelikan hati penonton disebabkan nama Hotel ‘Concorde’ yang dieja sebagai ‘Cong Codei’ selain jalan ceritanya yang menarik. – MYNEWSHUB/EFFAN

Kategori