Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jumpa Mayat Dipotong Dalam...

BANGKOK - Polis Thailand sedang berusaha mengenal pasti mayat dipotong beberapa bahagian yang ditemui...

PRN Johor: Muda Perlu...

SHAH ALAM: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) perlu terlebih dahulu mengemukakan senarai 10...

Pengemis Dubai Sewa Hotel...

DUBAI – Polis tempatan Dubai terpaksa menjalankan satu kempen aneh antipengemis secara intensif...

‘Real Zombie’ Darah Mengalir...

LONDON- Seorang remaja Britain, Marnie Harvey menghidapi ‘penyakit ‘ misteri apabila darah pekat...

Poh Kong Lancar ‘Gold Note Of Hope’ Hargai Mahathir

PUTRAJAYA – Poh Kong Jewellers Sdn Bhd, rangkaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, hari ini melancarkan token patriotisme ‘Gold Note of Hope’ sebagai penghargaan kepada pemimpin terulung negara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berharga pada RM160 sekeping, Gold Note of Hope dijangka menjadi item koleksi khas tempatan yang menandakan saat penting bagi Malaysia.

Token itu dijual di semua outlet Poh Kong bermula hari ini.

Dr Mahathir melancarkan token itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Kepingan emas 999.9 itu menampilkan potret bertandatangan Dr Mahathir, Jalur Gemilang serta beberapa infrastruktur ikon negara dan bunga kebangsaan bunga raya.


Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Poh Kong dan Pengarah Urusan kumpulan Choon Yee Seiong berkata sebanyak RM30 daripada setiap pembelian token tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Harapan.

“Poh Kong komited untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM1 juta menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Mahathir yang memuji inisiatif Poh Kong untuk menyumbang sebahagian perolehan kepada Tabung Harapan, berharap inisiatif berkenaan akan dicontohi syarikat lain untuk turut tampil dan menyumbang kepada negara. – BERNAMA

Kategori