Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 300 Pendaki Terperangkap...

JAKARTA - Lebih 300 pendaki termasuk pelancong asing dipercayai terperangkap di Gunung Rinjani...

2,317 Kanak-Kanak Daftar Di...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,317 kanak-kanak mendaftar di 88 buah Pusat Anak Permata...

Hanya Kawalan Pentadbiran Di...

KUALA LUMPUR - Jalan Pasar Pudu di sini, tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan...

Hati-Hati… Bahaya Minum Teh...

TEH bukan sahaja merupakan salah minuman yang tertua di dunia, malahan mempunyai pelbagai...

PN Bincang Guna Satu Logo Pada PRN Sabah

GABUNGAN parti di bawah Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan untuk menggunakan satu logo ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, perkara itu hanya akan dimuktamadkan selepas mendapat kata sepakat daripada gabungan parti di bawah PN.

“(Penggunaan satu logo) akan dibincangkan gabungan politik yang berada dalam PN.

“Kita harap satu pencapaian dan kata persetujuan politik dapat dicapai dalam gabungan PN untuk berhadapan dengan parti lawan yang berada di Sabah,” katanya mengulas sama ada gabungan parti di bawah PN akan menggunakan satu logo ketika bertanding dalam PRN Sabah.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Penyerahan Peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang 2020 di Manara LPP di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas cadangan pengundi Sabah yang menetap di semenanjung melakukan undian secara pos, beliau berkata, perkara itu terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskannya.


“Serahkan kepada SPR untuk menentukan,” katanya.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Kelmarin, SPR mengumumkan satu Mesyuarat khas SPR bagi PRN Sabah akan diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi. – myMetro Online

Kategori