Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekalan Telur Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Masalah kekurangan bekalan telur di negeri ini yang berlarutan lebih...

BKC: Akujanji Sumpah Hari...

DI hari Dato’ Sri Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 9,...

Agong Bantu Mangsa Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Para pengguna jalan raya di kawasan Putrajaya dikejutkan dengan kehadiran...

⁠⁠⁠Isu Presiden FAM: Perang...

GAGAL di Kejohanan AFF 2016 di Myanmar baru-baru ini, membayangkan kesuraman prestasi skuad...

PM Umum ‘Buah Tangan’ Buat 1.6 Juta Penjawat Awam

SYUKUR… Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan sembilan khabar gembira kepada 1.6 juta penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16.

Ini termasuk persetujuan pihak kerajaan untuk memberi kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.

Beliau yang juga Menteri Kewangan malahan berkata ini bermakna penjawat awam mendapat tahunan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun ini.

Selain itu Najib ketika mengumumkan perkara tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Rabu turut menambah lapan lagi ‘buah tangan’ kepada semua kakitangan awam iaitu:


  1. Pemendekan tempoh time-based kali kedua kepada kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018.
  2. Mewujudkan lapisan Gred 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan (berkuatkuasa 1 Januari 2019).
  3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak warganegara (berkuatkuasa 1 Julai 2018).
  4. Dana tahunan kepada Cuepacs RM3 juta setahun.
  5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam bukan Islam maksimum 7 hari (berkuat kuasa Januari 2018).
  6. 1% Kenaikan kadar pencen tahunan secara one off untuk tahun 2018 sebagai tambahan kepada 2% yang diterima pesara pada 1 Januari 2018.
  7. Pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018
  8. Menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan.

Kerajaan ujar Najib juga bersetuju untuk memanjangkan lagi kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak berkuat kuasa pada 1 Julai ini yang memberi faedah kepada 42,867 ibu bapa pegawai terbabit.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori