Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

KSN Rasmi Larian Hari...

PUTRAJAYA -  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali  Hamsa pagi ini melepaskan...

Perak Bangkit Catat Kemenangan...

KUALA LUMPUR - Pertemuan Liga Super ‘adik abang’ antara Perak dengan Perbadanan Kemajuan...

Suhu Arab Saudi 65...

RIYADH — Suhu udara sepanjang bulan Ramadan di sebahagian besar wilayah Arab Saudi dijangka mencapai...

Bekas Juara Dunia 800...

STELLENBOSCH (Afrika Selatan) - Pegawai kerajaan Afrika Selatan berkata bekas pelari juara dunia...

PM Umum Bantuan Kepada Pesawah

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bantuan kepada pesawah sebanyak RM200 yang disalurkan selama tiga bulan melibatkan dua kali musim.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau berkata, ini bermakna para pesawah bakal menerima bantuan sebanyak enam kali sementara menunggu hasil tuaian.

Katanya, perkara itu akan dimasukkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada bulan Oktober ini.

“Jika penoreh dapat bantuan musim tengkujuh pada bulan 11, 12 dan bulan satu. Begitu juga dengan nelayan dapat elaun.

“Saya terkejut jika pesawah tak dapat bantuan. Saya dah berbincang dengan Menteri Kewangan dan kita bersetuju untuk memberikan bantuan sementara padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim. Jadi semua enam bulanlah bagi satu tahun.


“Kita akan masukkan dalam Bajet 2023 yang diumumkan pada bulan 10 nanti,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Ke-46 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pengumuman itu menunjukkan kerajaan hari ini adalah ‘Kerajaan Rakyat’ yang sentiasa menitikberat nasib para petani dan peternak serta pesawah.

“Tanpa nelayan, petani dan peternak kehidupan kita akan sukar. Itu amat besarnya pengorbanan mereka, oleh itu kita sentiasa menghargai usaha mereka,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menyaksikan pengumuman agihan kadar dividen lapan peratus bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 2021.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori