Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Erdogan Kecam Austria Tutup...

TINDAKAN kerajaan Austria mahu menutup masjid dan mengusir imam yang dibiayai Turki di...

Wanita UMNO Bakal Turunkan...

KUALA TERENGGANU - Pergerakan Wanita UMNO telah bersedia mengemukakan calon pertama wanita Barisan...

Cadang Najib Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dicadangkan supaya dilantik...

SPRM Kesan 3 Individu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi...

PM Ucap Takziah Pemergian Prebet Ujang

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merakamkan rasa sedih dan ucapan takziah atas pemergian veteran tentera dalam era Perang Dunia Kedua, Prebet Ujang Mormin, petang kelmarin.

Perdana Menteri yang memuat naik ucapan takziah itu melalui Facebook, turut mendoakan supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 

“Semoga segala jasa serta pengorbanan yang dicurahkan Allahyarham mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

“Allahyarham adalah perwira negara yang berjuang bersama-sama pejuang tanah air, Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menentang penjajah Jepun sekitar tahun 1942,” katanya.

Ujang, 100, meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh, kelmarin. – BH Online

Kategori