Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 40 Golongan Songsang...

BONGKAR... Tanpa disedari, umat Islam di Selangor sejak tahun 2012 lagi sudah bantu...

PBS Kekal Setia Bersama...

TAWAU - Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal setia dalam Barisan Nasional (BN) dan...

PM: ‘PRU15 Mungkin Lebih...

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-15 (PRU15)...

Pesawat Trigana Air Terhempas...

NAHAS pesawat Trigana Air milik Indonesia yang dilaporkan terhempas di satu kawasan pergunungan di...

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Tengku Abdul Ghafar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed yang meninggal dunia pagi tadi.

Allahayarham Tengku Abdul Ghafar merupakan fasilitator Malaysia bagi proses damai di antara kerajaan Filipina (GPH) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Tengku Abdul Ghafar

“Terima berita Tengku Datuk Abdul Ghafar Mohamed, fasilitator Malaysia dalam rundingan damai Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro, telah meninggalkan kita.

“Kita kehilangan seorang yg banyak berjasa. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, moga roh dirahmati,” katanya dalam catatan Twitter beliau hari ini.

Bekas Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata allahyarham meninggal dunia kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya di Bangsar South, di sini.


Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerinchi di sini selepas solat Maghrib.

Tengku Abdul Ghafar, 67, meninggalkan seorang isteri, Datin Homeira Babarnarchi dan tiga anak iaitu Tengku Shila, Tengku Shariar dan Tengku Shahpur.

Malaysia terlibat dalam proses damai itu pada 2001 bagi membantu menyelesaikan konflik lebih empat dekad di selatan Filipina. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori