Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gajah Mati Disyaki Termakan...

Padang Terap : Gajah betina yang ditemui di tepi Jalan Empangan Pedu, berdekatan...

Tanah Mendap: Jalan Penarik...

SETIU - Jalan Penarik ke Kampung Raja di Besut ditutup kepada semua kenderaan...

Penoreh Getah Terkejut Van...

KUALA KRAI - Seorang penoreh getah terkejut apabila sebuah van didapati merempuh rumahnya...

Polis Sudah Kenalpasti Dalang...

HASIL siasatan awal, pihak polis telah berjaya mengenalpasti anggota polis yang terlibat merakam dan...

PM Tuntut Kesetiaan Dari Penjawat Awam Pro-BN

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menuntut kesetiaan dalam kalangan penjawat awam bagi melancarkan pentadbiran negara di bawah Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana, katanya terdapat segelintir penjawat awam yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada kerajaan terdahulu yang dikuasai Barisan Nasional (BN) dengan terlibat secara langsung dalam kempen parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Keadaan ini, katanya akan mengganggu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang dibentuk susulan kemenangan pakatan empat parti itu pada pilihan raya tersebut.

Dr. Mahathir berkata ramai daripada penjawat mengambil bahagian dalam kempen parti itu, ada di antaranya dilakukan secara sukarela.

“Kita sangsi dengan kesetiaan mereka, sama ada mereka masih pegang kesetiaan kepada parti dan kerajaan lama dan bukan kerajaan sekarang, ini akan mengganggu pentadbiran PH. Kita (PH) ingin mentadbir ikut cara-cara kita, manifesto kita, dan kita perlu kerjasama daripada pegawai- pegawai ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, hari ini.

Selain disertai pimpinan utama PPBM, PKR, DAP dan PAN, sidang media kali ini turut disertai Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata walaupun berhak mengundi mana-mana parti, pegawai kerajaan sepatutnya berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti ketika menjalankan tugas mereka.

“Kita ingin tentukan sama ada kita akan mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai ini untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan semasa iaitu kerajaan Pakatan Harapan.

“Inilah yang menjadi masalah kepada kita, ada juga beberapa masalah lain yang kita harap akan dapat diatasi bagi melicinkan pentadbiran kerajaan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang tidak setia itu, perdana menteri berkata kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menghukum.


“Itu bukan cara kami dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi kami perlu tahu akan kesetiaan penjawat awam ini kerana mereka sendiri terbabit dalam menyebarkan propaganda kerajaan terdahulu. Jadi kami harap mereka akan mengubah sikap mereka dan kembali menjadi berkecuali tetapi pastinya mereka perlu melaksanakan dasar-dasar dan arahan kerajaan baharu,” katanya.

Dr. Mahathir berkata jumlah penjawat awam yang terlibat ‘agak ‘ramai’ dan memberitahu pihaknya juga mempunyai rakaman kegiatan segelintir penjawat awam yang berkempen secara terang-terangan untuk parti pada pilihan raya yang lalu.

Dalam perkembangan lain, perdana menteri menegaskan penamatan perkhidmatan kira-kira 17,000 penjawat awam berstatus kontrak yang juga merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu, bukan bertujuan menganiaya kumpulan itu.

Katanya lantikan jawatan untuk kumpulan ini sebenarnya tidak diperlukan dan ia diwujudkan hanya untuk memberi pekerjaan kepada ‘orang parti’.

“Mereka akan dapat habuan mereka untuk hari raya, kita bukan nak aniaya mereka,” katanya.

Dr. Mahathir pada 17 Mei lepas mengumumkan kerajaan akan mengambil langkah untuk mengurangkan pembaziran wang termasuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 17,000 penjawat awam berstatus kontrak kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu. – BERNAMA

Kategori