PM Selesai Menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) warna hitam yang membawa Perdana Menteri dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara melalui Pintu Satu pada jam 3.30 petang.

Pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria turut menghadap Seri Paduka.

Bagaimanapun tiada maklumat diperoleh pihak media yang membuat liputan sesi menghadap itu sama ada ia berkaitan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu esok atau Perutusan Khas Perdana Menteri berkenaan Pelan Pemulihan Negara jam 5 petang ini. – BH Online