Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sabah Pastikan Projek...

KOTA KINABALU - Anggota perkhidmatan awam persekutuan di Sabah perlu memberi kerjasama erat kepada kerajaan...

Agong, Raja Permaisuri Berangkat...

SUBANG - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

COVID-19: Tiada Kematian Direkod...

PUTRAJAYA - Kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan baik dengan tiada...

Shahir Dah Nafikan, Mona...

YANG seorang itu menafikan hubungan, manakala yang seorang lagi beria kata sering keluar...

Imran Khan Diberi Sambutan Rasmi Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, yang berada di sini untuk lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia selepas menjawat jawatan itu pada Ogos, telah diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, di sini hari ini.

Imran Khan, yang tiba di Malaysia semalam, disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejurus tiba pada jam 9.40 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Imran Khan kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Imran Khan dan Dr Mahathir kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata untuk membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala sedia ada di antara kedua-dua negara serta mengenal pasti bidang baharu untuk kerjasama masa hadapan.

Dr Mahathir dan Imran Khan juga akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Pakistan mengenai pemansuhan visa bagi perjalanan antara kedua-dua negara itu.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), Imran Khan dijadualkan untuk menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, yang melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong.

Imran Khan juga dijadual melawat ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.


Imran Khan kini dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Dr Mahathir.

Bulan lepas, Imran Khan dan Dr Mahathir telah berhubung melalui telefon, di mana beliau telah menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat.

Wisma Putra berkata Malaysia dan Pakistan menikmati hubungan dua hala yang substantif dan berterusan sejak sekian lama dalam bidang pendidikan, pelancongan, kerjasama pertahanan dan bantuan teknikal.

Pada 2017, nilai dagangan dua hala antara kedua-dua negara dicatatkan pada RM5.76 bilion, peningkatan 3.5 peratus berbanding 2016.

Pakistan adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di kalangan negara-negara Asia Selatan. – BERNAMA

Kategori