Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

JKM Agih Ratusan Makanan...

JOHOR BAHRU - Ratusan pek makanan dan minuman diagihkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)...

Motif Jahat Tersirat Stesen...

SAMA ada BERSIH 1 sehinggalah ke BERSIH 4, mereka bertopengkan matlamat kononnya membersihkan...

Sekolah Yang Tutup Akibat...

KUALA LUMPUR - Sekolah-sekolah yang ditutup akibat keadaan jerebu tidak perlu menggantikan sesi...

Dewan Rakyat: Pantun Noh...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pagi ini kecoh susulan pantun dilontar Tan...

PM Lancar Azalea Gabungan Puteri Komponen BN

BERSEMANGAT… Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rangkaian sahabat puteri Barisan Nasional (BN) atau Azalea 2018 bekerja keras demi memastikan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, hal ini kerana perhimpunan Azalea 2018 ini menjadi satu nafas baharu yang begitu kuat selain menjadi pemangkin semangat yang baharu untuk golongan muda.

Malah ujar beliau lagi yang turut merupakan Presiden UMNO, kerja-kerja politik untuk jentera BN pada PRU ke-14 itu juga bukan satu bebanan atau tekanan untuk sahabat-sahabat puteri semua.

“Kalau kita saling bantu-membantu, ia akan timbul keseronokan. Its a joy for BN. Hari ini kita ada satu janji, satu ikrar supaya dalam hati sanubari setiap yang berhimpun.

“Mewakili millenials untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk pastikan BN menang besar dalam PRU ke-14,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Azalea 2018.

Majlis berkenaan yang berlangsung penuh meriah di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana di ibu negara pada Sabtu itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Pelancaran itu bertujuan memperlihatkan kesepakatan dan kerjasama erat bukan sahaja di antara Puteri UMNO dan rangkaian parti komponen BN, badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswi dan wanita muda.

Nama Azalea diambil sempena dengan nama bunga yang bermaksud keanggunan, kelembutan. Ia dianggap pengikat kenangan manis dan kehangatan dalam semangat persahabatan serta kekeluargaan.

Bunga melambangkan keperibadian riang dan semangat juang yang tinggi sebagai simbolik ikatan persahabatan dalam puteri. Lebih 5,000 anggota parti berkenaan memeriahkan majlis pelancaran tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori