Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TPM Kunjungi Yang Dipertua...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Video: Tindakan Lelaki Kena...

Pelik lagi memeningkan! Itu gambaran perihal kes yang baru berlaku di Korea Selatan...

Ismail Sabri, Panglima ATM...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, serta pegawai...

Putin Pilih 9 Mei...

MOSCOW : Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan sudah memilih tarikh untuk ‘menamatkan’ perang...

PM Hina Penerima Gelaran Tan Sri Sebagai Penyangak

ALAHAI… Malu apabila tiada nama kroni Pakatan Harapan (PH) terima darjah kebesaran Yang di-Pertuan Agong, Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa ‘pusing cerita’ kenapa mereka tidak layak.

Ini termasuk menyifatkan penerima gelaran status kedua tertinggi iaitu Tan Sri yang banyak diberi kepada individu ketika era Barisan Nasional (BN) sebelum ini sebagai penyangak dan tidak sepatutnya diberi anugerah tersebut.

“Masa Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri) dapatlah. Tetapi kita hendak bagi orang yang patut dapat, bukan kepada penyangak-penyangak semua, tidak bolehlah bagi Tan Sri,” katanya dengan nada angkuh.

Mahathir yang mungkin agak terkejut ditanya soalan cepumas berhubung berita Seri Paduka tidak beri sebarang pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda pada bulan depan namun dilihat cuba buat andaian sendiri.

Beliau yang teruk dikutuk banyak pihak kerana ulasan biadab enggan kembali kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan ketika era perdana menteri keempat, malahan bijak beri dalih kenapa Yang di-Pertuan Agong bertindak demikian.

Media tempatan melaporkan Mahathir beranggapan konon tiada penerima layak menjadi faktor langsung tidak ada anugerah kebesaran dikeluarkan bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V pada 9 September ini.

Baca: Agong Enggan Kurnia Pingat Hari Keputeraan?

“Saya tak tahu sebab apa (darjah kebesaran Yang di-Pertuan Agong tidak dikeluarkan). Tapi saya ingat waktu ini kita tak tau kat siapa nak bagi (pingat tersebut),” jawab beliau dalam nada sinis seolah-olah tiada yang layak diberikan.

Pengerusi PH tersebut bagaimanapun mengakui tidak tahu faktor sebenar yang menyebabkan tindakan seumpama itu berlaku julung kali dalam sejarah sama ada pihak Istana Negara murka terhadap kepimpinan kerajaan baharu.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas muncul akhirnya melawat sekumpulan mangsa ribut di Sekolah Kebangsaan Teriang di pulau legenda berkenaan pada hari ini.

Mynewshub semalam melaporkan isu sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong bakal menyaksikan kelainan kerana tiada anugerah darjah kebesaran disampaikan seperti amalan biasa sebelum ini.

Perkara itu turut didedahkan tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang memaklumkan pada tahun ini hanya ada titah Yang di-Pertuan Agong dan ucapan Mahathir tetapi tidak menyatakan punca ketiadaan penerima itu.

Pada tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenaan menganuge­rahkan sebanyak 1,518 darjah kebesaran termasuk 48 penerima dengan gelaran Tan Sri bersempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori