PM Australia Ada Dua Kaki Kiri?

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, mendapati aib besar selepas gambar keluarga yang diubahsuai oleh kakitangannya, menunjukkan beliau mempunyai dua kaki kiri.

Imej baru Morrison bersama isteri dan dua anak mereka itu untuk gambar rasmi bagi laman web peribadinya.

Bagaimanapun, kakitangannya, yang mahu membuang gambar kasutnya yang kotor, mengubahsuai imej menunjukkan Morrison bersama dua kaki kiri.

Kesilapan itu segera diperolok-olokkan di media sosial.

Jurucakap Perdana Menteri berkata, gambar berkenaan diubah oleh staf tanpa pengetahuan atau kebenaran Morrison.

Sementara Morrison, yang cuba mengehadkan keaibannya, secara berjenaka menerusi Twitter, berkata lebih baik staf berkenaan mengubahsuai rambutnya yang semakin nipis.

Penganalisis berkata, kejadian itu menjadi tamparan kepada kempen pemilihan semula kerajaan dengan parti gabungan Liberal-Nasional pimpinan Morrison ketinggalan di belakang Parti Buruh dalam tinjauan pendapat dan dijangka kalah teruk pada pilihan raya Mei ini.

“Bagi dipilih semula, Morrison perlu memastikan semuanya betul dan perkara mengarut seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Profesor Haydon Manning dari Universiti Flinders di Australia Selatan. – Reuters

Loading...