Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siswi Kemaruk Jumpa Boyfriend...

Yunnan – Malang tidak berbau bagi seorang gadis, Jiao Chin, 22, apabila hasratnya...

Muhyiddin Ucap Selamat Hari...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada...

Cuaca Mendung Tak Halang...

KUALA LUMPUR - Walaupun cuaca mendung dan menunjukkan tanda-tanda hendak hujan tidak menghalang...

PM Jamin Kelangsungan Hidup...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan...

PM Akan Bincang Mengenai SOP, Kuota Umrah Dan Haji

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) serta kuota ibadat umrah dan haji di Tanah Suci bagi jemaah Malaysia akan hanya diketahui selepas kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi, tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata asas kepada garis panduan SOP itu sudah wujud tetapi perlu dikemaskini berdasarkan realiti sebenar COVID-19 kini.

“SOP sudah ada tetapi kita perlu pastikan ia SOP antara dua buah negara dan dibuat selaras dengan suasana di Arab Saudi kini justeru sebarang kemas kini hanya akan diputuskan selepas ziarah Perdana Menteri, tidak lama lagi.

“Kerajaan Arab Saudi sendiri biasanya akan membuat pengumuman (mengenai kuota jemaah dan SOP) tetapi kali ini berlaku sedikit kelewatan disebabkan isu COVID-19.

“Diharapkan semua pihak dapat bersabar dahulu buat sementara ini,” katanya ketika dihubungi BH, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kebenaran sudah diberi kepada jemaah haji di Malaysia untuk mengerjakan ibadah itu di negara berkenaan.

Sebelum ini, Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian, berkata Arab Saudi dijangka menerima kunjungan Muhyiddin bagi membincangkan mengenai kuota haji dan umrah pada tahun ini.

Beliau berkata, Arab Saudi tidak pernah menutup pintu untuk jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji dan umrah selepas pembukaan semula sempadan di negara itu malah kunjungan rakyat di negara ini sentiasa dialu-alukan.

Pada 3 Februari lalu, Arab Saudi menggantung kemasukan pelawat dari 20 negara sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak COVID-19 tetapi Malaysia tidak berada dalam senarai itu.

Arab Saudi sudah membenarkan rakyat di negara ini menunaikan umrah sejak 15 November lalu tetapi kerajaan tidak membenarkannya atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berharap kerajaan Arab Saudi dapat membenarkan sehingga 10,000 ke 20,000 jemaah negara ini menunaikan haji tahun ini.


“Kuota jemaah haji di negara ini ialah 32,000 orang tetapi jika tidak dapat sepenuhnya, saya kira 50 peratus juga sudah mencukupi.

“Tahun lalu, untuk ibadah haji, Kerajaan Arab Saudi hanya benarkan 1,000 ke 10,000 orang jemaah sahaja.

“Saya lihat Tabung Haji juga sudah mulakan kursus haji jadi rasanya peluang menunaikan ibadah itu buat rakyat negara ini memang ada,” katanya.

Dalam perkembangan sama, PAPUH meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membenarkan peserta industri membuat kunjungan teknikal ke Arab Saudi.

Beliau berkata, kunjungan teknikal itu akan disertai termasuk oleh KKM dan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan maklumat termasuk berkenaan garis panduan SOP sebelum jemaah dari negara ini dibenarkan ke Tanah Suci.

“Kunjungan teknikal ini dihoskan sepenuhnya Muassasah Saudi bagi membolehkan peserta industri mendapatkan fakta sebenar situasi di sana selepas Arab Saudi membuka pintu sempadan untuk kunjungan jemaah bagi ibadah umrah sejak 15 November lalu.

“Kerajaan bersetuju peserta industri membuat kunjungan teknikal itu tetapi apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghantar surat kepada MOTAC, mereka tidak bersetuju.

“MOTAC sepatutnya memainkan peranan menggalakkan kerancakan industri pelancongan ketika situasi suram ini tetapi mereka nampaknya tidak memberi sokongan,” katanya. – BH Online

Kategori