Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Politik Fitnah Datang Lagi

Hati-hati semua politik fitnah datang lagi gara-gara Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang...

4 Bersaudara Didakwa Edar...

KAMPAR - Empat bersaudara termasuk tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

Trump Mahu Presiden Syria...

WASHINGTON – Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu supaya pemimpin Syria, Bashar...

261 Lagi Kes Baharu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 261 lagi kes baharu Covid-19 melibatkan varian yang membimbangkan...

PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai Hingga 3 Februari

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol masuk seliaannya mulai hari ini hingga 3 Februari bagi melancarkan pergerakan trafik sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

PLUS dalam kenyataan semalam, memaklumkan penutupan dilaksanakan pada setiap musim perayaan itu bertujuan mengurangkan kesesakan disebabkan pelanggan beratur di lorong tambah nilai plaza tol.

“Pada musim perayaan kali ini, sebanyak dua juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya PLUS terutama pada waktu puncak iaitu pada 22, 23, 24, 27, 28 dan 31 Januari serta 1 Februari nanti.

“Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pelanggan terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, PLUS tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.

Namun terdapat kira-kira 11,000 pusat tambah nilai kad Touch ‘n Go di sediakan di seluruh negara, termasuk di stesen minyak terpilih, kawasan rehat dan rawat serta pusat khidmat pelanggan PLUS di plaza tol terpilih.

Kategori