PKR Umum Lima Lagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri

KUALA LUMPUR – PKR hari ini mengumumkan lima lagi lantikan baharu baharu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan, berkata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi rundingan bersama ketua-ketua cabang PKR dan bersetuju melantik pengerusi-pengerusi MPN Johor, Terengganu, Perlis, Selangor dan Kelantan.

Semalam, parti itu telah mengumumkan enam pengerusi MPN iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Perak); Amiruddin Harun (Negeri Sembilan); Datuk Johari Abdul (Kedah); Datuk Christina Liew Chin Jin (Sabah); Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Halim Bachik (Melaka).

“Senarai nama pengerusi MPN bagi negeri-negeri lain pula akan diumumkan kemudian”, katanya.

Berikut senarai Pengerusi MPN yang dilantik semalam:

Johor: Hassan Abdul Karim
Terengganu: Azan Ismail
Perlis: Amran Kamarudin
Selangor: Amirudin Shaari
Kelantan: Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor​​​​​.​​ – BERNAMA