Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Marah Hospital Kerana...

KUALA LUMPUR - Wanita DAP Pulau Pinang menyalahkan pihak polis dan Hospital Sungai...

Fikirlah: Siap Siaga Untuk...

KUALA LUMPUR - Tanggal 23 Februari lepas, ramai penjawat awam menarik nafas lega....

Bas Ekspres Terbabas Dipercayai...

BAS dipandu terlalu laju dipercayai penyebab punca nahas kemalangan maut di Kilometer 137.2...

Aliran Trafik Plus Bergerak...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan bergerak perlahan setakat...

PKR Terengganu Sokong Anwar Jadi Presiden Parti

KUALA TERENGGANU – Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Terengganu (MPN) hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata sudah sampai masanya untuk Anwar mengemudi PKR selaku parti tunggak dalam Pakatan Harapan.

“Kami penuh yakin dengan ketokohan dan kehebatan beliau untuk memperkasa lagi PKR dan seterusnya membawa parti ke arah lebih cemerlang serta dihormati semua pihak.

“Insya-Allah, semua anggota PKR di Terengganu tetap bersama beliau… membujur lalu melintang patah dalam memastikan beliau dipilih menjadi presiden menggantikan tempat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata semua anggota PKR termasuk pemimpin pada peringkat pusat, negeri dan cabang perlu sepakat, berikrar serta taat setia kepada Anwar yang telah banyak berjasa kepada parti selama ini.

“Kami berdoa agar beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipelihara Allah SWT sepanjang masa… kami tetap bersabar menunggu beliau mengambil alih jawatan perdana menteri apabila tiba masanya,” katanya. – BERNAMA

Kategori