PKR Sahkan Terima Permohonan Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – PKR mengesahkan menerima permohonan keanggotaan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Salleh Said yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah membuat permohonan itu secara dalam talian.

“Bagaimanapun, Biro Politik PKR akan membincangkan dan memberi pertimbangan kepada perkara ini dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Kenyataan Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu susulan tular di media sosial mengenai kelulusan permohonan Salleh Said sebagai anggota PKR. – UTUSAN ONLINE

Loading...