Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Neelofa Unfollow Instagram Fattah...

BARANGKALI kecewa hubungannya dengan Fattah retak akibat orang ketiga, pengacara dan pelakon Neelofa dikatakan...

Syarikat Malaysia Mampu Melabur...

KUALA LUMPUR - Ramai rakyat beranggapan syarikat Malaysia tidak mampu untuk melabur di...

Kecekapan Sistem Kendalian Bagasi...

KUALA LUMPUR – Usaha penambahbaikan sistem kendalian bagasi (BHS) yang selesai di Lapangan...

Caruman KWSP 7% Mulai...

KUALA LUMPUR - Penurunan kadar caruman berkanun syer pekerja daripada 11 peratus kepada...

PKR Pandang Serius Pendapat Suaram Tentang Kerajaan PH

KOTA KINABALU – PKR memandang serius kenyataan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan dasar ‘menindas’ sebagaimana dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendapat Suaram itu tidak menghalang PKR daripada melaksanakan komitmen parti untuk menolak semua undang-undang zalim yang diwujud dan kuatkuasakan oleh kerajaan BN sebelum ini.

“Ini pendirian kami (menolak undang-undang zalim). Ini jelas termaktub dalam manifesto (PKR) dan tentunya kami memenuhi komitmen itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua cabang PKR Sabah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan oleh penasihat Suaram Kua Kia Soong baru-baru ini.

Kenyataan Kua dibuat selepas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kabinet telah memutuskan untuk menarik balik moratorium ke atas akta Pencegahan Jenayah (Poca) (Pindaan) 2017, Akta Pencegahan Terorisme (Pota), Akta Hasutan 1948, dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) berikutan insiden kuil Mariamman di Subang Jaya pada 26 Nov.

Kepada satu soalan, Anwar berkata walaupun parti-parti dalam PH memberi mandat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetuai gabungan itu, ini tidak bererti mereka terhalang daripada menyata dan mengetengahkan pandangan mereka.

Anwar berkata ini terbukti menerusi penubuhan kaukus parlimen mengenai reformasi dan urus tadbir yang beliau pengerusikan, di mana isu untuk menolak undang-undang keras menjadi keutamaan dalam pertimbangan kaukus itu.


Beliau juga berkata kaukus itu akan juga menentukan bahawa Malaysia baharu akan memerlukan iklim perubahan baharu dengan penekanan jelas kepada urus tadbir yang baik dalam negara dan bebas dari rasuah, ketaksuban perkauman dan agama.

“Kita mewarisi pengalaman hodoh penyakit rasuah dan salah guna kuasa masa lalu, dan terdapat usaha oleh kumpulan terdesak ini menonjolkan tafsiran agama dan perkauman yang ekstrim.

“Ini tidak boleh dianggap remeh dan kita perlu mengambil langkah yang cukup dan menganggap ini sebagai keutamaan dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori