PKR Nafi Arah Ahli Jangan Keluar Mengundi

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan kewujudan surat arahan agar ahli parti tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai esok.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, beliau difahamkan terdapat satu surat palsu telah dibuat dan disebar kononnya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengeluarkan arahan agar ahli tidak keluar mengundi.

“Surat ini jelas direka musuh politik Pakatan Harapan (PH) yang mahu mencetus salah faham dalam kalangan ahli PKR dan rakan-rakan PH.

“Ia adalah tindakan kotor lagi terdesak puak-puak yang enggan berpolitik secara sihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Surat yang menggunakan logo PKR bertarikh hari ini itu turut berserta dengan tandatangan Setiausaha Agung PKR itu.

Tegasnya, PKR mengulangi sokongan parti buat calon PH Karmaine Sardini dan menggesa semua ahli PKR untuk mengundi dan membantu memenangkan calon PH.

Loading...