Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Raya 2022 Tidak...

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana penetapan tarikh Hari...

Melaka United Fokus Kukuhkan...

MELAKA – Melaka United akan memberi fokus mendapatkan khidmat pemain pertahanan dan penjaga...

Diddy Hirdy Sambung Sarjana...

PETALING JAYA - Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 4 (AF4), Diddy Hirdy...

Keputusan Kes Aib Pemimpin...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan keputusan kes seorang pereka...

PKR Masih Utuh, Tiada Perpecahan Dalaman – Anwar

MIRI – PKR masih utuh, tiada perpecahan dalaman seperti mana dicanang pelbagai pihak, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada lebih 1,000 perwakilan Sarawak pada Konvensyen PKR negeri hari ini, Anwar berkata, beliau yakin sekurang-kurangnya 90 peratus pimpinan cabang seluruh negara dan akar umbi setia dengan pimpinan Pusat parti yang dipilih pada sesi pemilihan lalu.

Katanya, mustahil bagi sesuatu parti atau pemimpin itu boleh mendapat sokongan 100 peratus daripada pengikutnya.

“Jadi jangan bimbang. Saya nak beritahu, semua negeri kita pergi, (di) Kedah semua cabang (hadir), satu sahaja tidak hadir, Pahang pun ada satu. Ketua-ketua cabang tak hadir, orang bawah, timbalan ketua cabangnya hadir. Di Sarawak ini pun sama, seluruh cabang hadir.

“Di Terengganu semua hadir, Kelantan satu tak hadir, Negeri Sembilan dan Melaka semua hadir. Jadi problem apa? Pasal apa kita nak kata ada problem, nak kata dapat 100 peratus, siapa yang boleh dapat 100 peratus ini, Putin, Trump? tak ada di dunia ini yang boleh dapat 100 peratus di peringkat cabang pun tak boleh dapat,” katanya.

Dalam pada itu Anwar terus mengingatkan ahli PKR supaya tidak lupa asal usul perjuangan parti yang berjuang demi rakyat dan bukan kepentingan peribadi.


“Jangan ada pangkat sikit kita dah tunjuk ‘action’ (lagak), perjalanan masih jauh. Jangan ingat saya takut sangat ‘Owh ini ada perubahan-perubahan’. Saya ini bukan muda lagi, saya dalam politik bukan nak pikul harta.

“Kalau saya mahu harta, saya sebelum ini Menteri Kewangan lapan tahun, semua orang kutip balak Sarawak saya tak ambil satu sen pun, semua orang ambil tanah-tanah negeri saya satu inci pun tak ambil.

“Sebab itu saya berani mengatakan Insya-ALLAH kalau saya jadi pemimpin, jadi perdana menteri, saya nak buktikan bukan semua ahli politik itu rasuah dan sombong,” katanya.

Kategori