Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ayam Goreng Coke ...

Hah ,hari ini kami nak kongsi satu resepi unik yang mudah dan pastinya...

Kos Beli Vaksin Pendatang...

IPOH - Kos perbelanjaan untuk membeli bekalan vaksin bagi disuntik kepada pendatang asing...

Jagung Bijirin Perlu Diusahakan...

SERDANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu penanaman jagung bijirin dilakukan...

Tunggu Laporan PTG Bauksit...

KUANTAN - Kerajaan Negeri masih menunggu laporan penuh daripada Pejabat Tanah dan Galian...

PKR Masih Tunggu Penjelasan Azmin, Tiada Tindakan Disiplin

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih menunggu penjelasan daripada Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuan bersama beberapa Ahli Parlimen BN, Isnin lalu berikutan kegagalan Azmin menghadiri mesyuarat Biro Politik parti itu malam tadi.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat berkenaan bagaimanapun tidak membincangkan isu tersebut secara khusus.

“Kita nantikan maklumat penuh daripada beliau tapi memandangkan beliau tidak hadir, maka kita tertunggu-tunggu untuk maklumat lanjut.

“Kita perlukan beliau untuk hadir berikan maklumat penuh sebelum kita boleh sahkan maklumat itu. Kita tidak boleh terlalu senang percaya apa yang disebut atau khabar angin,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim semalam dilaporkan berkata, Azmin perlu menghadiri mesyuarat malam ini untuk menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam pertemuan di kediaman rasminya kelmarin.

Mohamed Azmin semalam berkata, beliau perlu menyemak jadualnya terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada dapat menghadiri mesyuarat Biro Politik itu.


Selain Mohamed Azmin, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin juga disahkan tidak hadir ke mesyuarat Biro Politik parti itu.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, tiada tindakan disiplin yang akan diambil terhadap Mohamed Azmin setakat ini.

“Kita akan mesyuarat setiap minggu. PKR bersikap terbuka dan mahu dengar (penjelasan) daripada beliau sendiri jadi kami akan tunggu. Kami mahu beliau datang dan jelaskan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori