Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Altantuya: 13 Januari Keputusan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan...

Pemberian Sinovac Kepada Kanak-kanak...

Putrajaya: Pemberian vaksin CoronaVac (Sinovac) yang diluluskan pada 3 Mac lalu kepada kanak-kanak...

DanaNITA Rancak Penyertaan Wanita...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) memperuntukkan RM35 juta...

‘Cuba Ingat Anak Cucu’...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menyokong tindakan Suruhanjaya...

PKR Cuma Hantar Naib Presiden Tak Dikenali Ramai

ALOR SETAR – Muktamar PAS Ke-63 yang berlangsung di Kompleks PAS Negeri Kedah di Kota Sarang Semut di sini mulai hari ini gempar dengan menyaksikan PKR cuba membuat ‘lawak’ unik.

Buat julung kali dalam sejarah, PKR hanya menghantar seorang Naib Presiden yang tidak begitu dikenali pelbagai pihak, Profesor Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin untuk mewakili parti tersebut sebagai tetamu jemputan luar.

Kehadiran bekas akademik Universiti Selangor milik kerajaan negeri itu; yang pernah mencetuskan kontroversi akibat kekurangan pelajar baharu setelah BN ‘tumbang’ di Selangor pada 2008, – nyata mencuri perhatian ramai.

Beliau dilihat tampil mengambil tempat untuk wakil PKR di sebelah kerusi Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan di pentas utama bersama saf pimpinan tertinggi sebelum muktamar tahunan tersebut bermula jam 9 pagi.

Shaharuddin merupakan satu-satunya Naib Presiden PKR yang bukan dipilih perwakilan melalui proses pengundian tetapi dilantik parti dan beliau dikatakan ‘rapat’ dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Naib presiden lain pula ialah Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; MP Batu, Tian Chua; MP Pandan, Rafizi Ramli; MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md. Akin dan ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar.

Seorang lagi naib presiden parti iaitu Ahli Parlimen Penampang, Ignitius Darell Leiking bertindak keluar PKR pada tahun lalu bersama-sama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin dan ADUN Moyog, Terence Siambun.

Portal tempatan AgendaDaily melaporkan, ketidakhadiran Mohamed Azmin sebagaimana lazim semasa muktamar sebelum ini sebagai ‘pelik’ walhal Menteri Besar Selangor itu kini hanya berada di Pulau Pinang, negeri jiran Kedah.

Waima dijemput menerusi telefon dan surat oleh Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, ketiadaan beliau dilihat ‘isyarat’ mungkin mahu ‘ajar’ PAS setelah Dewan Ulama dan Dewan Pemudanya meluluskan usul ‘bercerai’ dengan PKR.


Ia susulan ramai perwakilan PAS secara terbuka luah perasaan marah kepada kepimpinan PKR termasuk di Selangor tergamak ‘menikam’ PAS dan lebih utamakan hubungan dengan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.

Kehadiran Shaharuddin mengundang persoalan memandangkan kepimpinan PAS membayangkan bakal ‘putus’ kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR setelah dibahaskan di peringkat Muktamar PAS Pusat kelak.

Untuk rekod, Shaharuddin pernah disebut-sebut pihak yang rapat dengan Mohamed Azmin sebagai calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar tahun lalu, namun digantikan saat-saat akhir kepada wakil PAN.

Turut hadir pada majlis perasmian Muktamar PAS tersebut ialah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Selain itu juga, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Sirajuddin Salleh dan Pengerusi Kongres Rakyat, Cikgu Azmi Abdul Hamid.

Muktamar PAS Pusat bermula hari ini sehingga Isnin nanti dengan menyaksikan pemilihan pelbagai jawatan parti dan ia dirasmikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori