Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hospital Taiping Perlukan Bekalan...

TAIPING - Orang ramai diminta menderma darah untuk tabung darah Hospital Taiping bagi...

SWM Enviroment-UTEM Tandatangani LOI

MELAKA – SWM Environment Sdn. Bhd (SWM Environment) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)...

“Lebai Oh Lebai, Cukup-Cukup...

KUALA LUMPUR - "Lebai oh lebai, cukup-cukup la perasan tak ketahuan hala. Memalukan...

1,000 Pesilat Ke Istana...

MUAFAKAT... Lebih 1,000 ahli pesilat dari seluruh negara yang menyertai #DaulatHimpunan812 berarak secara...

PKPD Pasar Borong KL, PBU Ditamatkan

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam iaitu di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara (PBU), ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan saringan Covid-19 ke atas semua penduduk di dua kawasan berkenaan.

“Bagi PKPD di Selayang Baru pula, kerajaan memutuskan untuk lanjutkan tempoh bagi KKM melakukan saringan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Mungkin dilanjutkan untuk mungkin dua atau tiga hari lagi sehingga saringan selesai dilakukan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, mesyuarat hari ini memutuskan fasa nasihat dan amaran sudah berakhir kepada mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Beliau berkata, sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa mengambil tindakan undang-undang di bawah PKPB.

“Mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mereka yang melanggar PKPB boleh dikompaun RM1,000 dan jika dibawa ke mahkamah, hukuman maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Jadi, saya nasihatkan orang ramai supaya patuhi PKPB kerana jika tidak, mereka akan berhadapan tindakan undang-undang sama ada akan terus dikompaun atau dibawa ke mahkamah,” katanya.

Kategori