Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015: RM2.7 Bilion...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM2.7 bilion akan diperuntukkan bagi pembinaan 1,000 menara pencawang...

PDRM Nafi Wujud Unsur...

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan berlaku unsur intimidasi semasa...

Video: Myvi Gila Cilok...

AKSI pemanduan 'gila' seorang pemandu Myvi gemar memintas kenderaan lain telah menyebabkan beberapa...

Provokasi Ganabatirau Boleh Cetus...

KUALA LUMPUR - Pihak polis diminta untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan...

PKPD Keempat Babit 97% Penghuni Warga Asing

KUALA LUMPUR – Kerajaan memaklumkan 97 peratus penghuni di kawasan keempat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah warga asing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya menyedari wujud isu berkaitan penyaluran sumbangan makanan terhadap penghuni warga asing di kediaman Selangor Mansion dan Malayan Mansion itu, di sini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan pernah menegaskan kebajikan warga asing yang mendiami pelbagai bangunan di seluruh negara dan terjejas berikutan kesan penularan COVID-19 adalah tanggungjawab pihak kedutaan masing-masing.

“Jadi, kita maklumkan kepada pejabat kedutaan untuk bantu rakyat masing-masing dan ambil tanggungjawab menjaga kebajikan mereka.

“Kementerian Luar sudah menyampaikan perkara ini kepada pihak kedutaan asing supaya perkara itu dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Menyedari kemungkinan kepincangan aspek pengurusan, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan memberikan alternatif kepada penghuni di kedua-dua kediaman berkenaan untuk membeli keperluan harian.


Katanya, pesanan berkaitan boleh diajukan kepada petugas di pusat operasi yang diwujudkan di kediaman terbabit bagi membantu mereka membeli keperluan harian.

“Mereka boleh hubungi pusat operasi di sana dan bekalan yang dibeli itu kemudian akan diletakkan di tempat khusus untuk mereka ambil.

“Bagaimanapun, kos untuk membeli barangan berkenaan perlu dibayar oleh mereka sendiri,” katanya. – BH Online

Kategori