Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kazim Elias: Mengapa Hudud...

PERDEBATAN mengenai hukuman hudud memang sudah lama dibahaskan baik daripada kalangan pemimpin mahu...

Rumah Kecil Lokasi Kerat...

Sebuah rumah kecil yang terletak di Machang Bubuk, Bukit Mertajam disyaki dijadikan lokasi...

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2...

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 29...

Video: Askar Israel Sepak...

RAKAMAN video berdurasi 45 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang khusyuk sembahyang tiba-tiba...

PKPD Di 18 Taman Perumahan Di Bandar Muadzam Shah

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 18 taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin bermula esok sehingga 22 Februari 2021. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan Taman Desa Bidara, Taman Desa Keranji, Taman Redan Perdana, Taman Desa Teratai, Taman Desa Melor, Taman Desa Mawar 1, Taman Desa Mawar 2, Taman Desa Jati 1, Taman Desa Jati 2, Taman Desa Anggerik, Taman Desa Kenanga, Taman Desa Tanjung, Taman Desa Dahlia 1, Taman Desa Dahlia 2, Taman Desa Cempaka , Taman Desa Alamanda, Taman Pinggir Pelangi dan Taman Desa Semarak.

Bagaimanapun, beliau berkata, PKPD itu tidak akan membabitkan Bandar Satelit. 

“PKPD ini membabitkan 9,805 penduduk dan 2,178 rumah di taman perumahan terbabit.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengesanan awal melalui saringan secara bersasar ke atas penduduk di lokaliti itu dan mengawal penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sehingga kini, KKM melaporkan 13 kes positif direkodkan dalam Kluster Hikmah membabitkan jemaah Masjid Al-Muadzam Shah serta ahli keluarga yang tinggal di taman berkenaan.


Beliau berkata, KKM turut mengesahkan terdapat peningkatan secara mendadak membabitkan komuniti apabila 13 kes direkodkan dalam masa 10 hari. 

“Dalam pada itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, seramai 7,139 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan dan 66 orang disahkan positif Covid-19 semalam.

“Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 319,762 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 yang membabitkan 13,897 majikan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, seramai 950 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 838 dikompaun, 93 individu direman manakala 19 lagi dijamin, semalam. – myMetro Online

Kategori