Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hasil Bedah Siasat Kedua...

KUALA LUMPUR - Keputusan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat khususnya sampel...

5,434 Kes Covid-19 Hari...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 5,434 kes hari...

Polis Mexico Temui 60...

ACAPULCO, Mexico - Polis negara ini menemui 60 mayat termasuk kanak-kanak yang dibiarkan...

Sultan Nazrin Mahu Sidang...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menzahirkan hasrat baginda agar...

PKPB K.Kinabalu, Penampang, Putatan Hingga 20 Oktober

KOTA KINABALU – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di sini bermula 12.01 tengah malam ini akan berkuat kuasa hingga 20 Okt, demikian menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB oleh Majlis Keselamatan Negara.

Menurut SOP itu, sepanjang tempoh tersebut penduduk tidak dibenarkan keluar kawasan itu dan majikan perlu membenarkan pekerja mereka bercuti atau bekerja dari rumah.

“Kebenaran untuk berkerja hanya bagi perkhidmatan perlu dengan kelulusan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia,” menurut SOP yang dikongsikan kepada media di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilaporkan berkata PKPB itu bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19 selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar, hanya memberikan tarikh mula kuat kuasa PKPB tersebut.

Menurut SOP itu, kategori perkhidmatan perlu ialah perbankan dan kewangan; elektrik dan tenaga; bomba; perkhidmatan pelabuhan; pos; penjara; perkhidmatan bahan api dan pelincir; kesihatan dan perubatan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, pembentungan.

Turut terangkum ialah komunikasi radio termasuk penyiaran dan televisyen, telekomunikasi, pengangkutan, air, e-dagang, pertahanan dan keselamatan, bekalan makanan, hidupan liar, imigresen, kastam, hotel dan penginapan, teknologi maklumat, elektri dan elektronik; dan perkhidmatan lain difikirkan perlu.  


Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hendaklah dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian bagi mengekang jangkitan COVID-19.

 “Elakkan 3S iaitu jauhi kawasan sesak, elakkan kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.  

“Amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai alat pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala, dan amaran daripada Kementerian Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati semua rakyat Sabah untuk sentiasa mematuhi arahan dan SOP ditetapkan oleh kerajaan selain memainkan peranan masing-masing dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan penuh tanggungjawab.  – BERNAMA

Kategori